Friday 16 November 2012


Custom Glitter Text


KAUM MELAYU

Silat
  • Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau.
  • Mereka yang belajar silat digelar pesilat.
  • Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.
  • Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). 
  • Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.




Persembahan Seni silat Gayong



Persembahan Seni silat Bersenjata


KAUM CINA
Wushu
  •  Wushu atau kungfu merupakan seni bela diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu. Pada waktu itu seni bela diri ini muncul karena ada kebutuhan dari masyarakat untuk menghadapai gangguan binatang buas dan mencari makan.
  • Wushu dalam bahasa Cina artinya seni perang.Gwa Kang) dan Nei Kung (Iwee kang).





Persembahan Seni Wushu


KAUM INDIA
Silambam


  • Silambam sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat atau gaya tempur menggunakan tongkat. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki).
  • Saiz tongkat berkait dengan ketinggian pengguna silambam. Ia sepatutnya mencecah dahi sekitar tiga jari dari atas kepala, sungguhpun panjang berlainan digunakan dalam keadaan berlainan.
  • Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai "sedikutchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Latihan berlainan diperlukan bagi mengendalikan tongkat yang berlainan kepanjangannya. 



Persembahan Seni Silamban














Custom Glitter Text



SENI BINA MELAYU

  • Rumah Limas







  • Rumah Perabung Lima



  • Rumah Melaka

Rumah Minangkabau


SENI BINA CINA




SENI BINA INDIA
















Saturday 10 November 2012


Custom Glitter Text

GHAZAL
  • Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular.
  • Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. 

DONDANG SAYANG
  • Terkenal di negeri Melaka
  • Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka.
  • Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.


DIKIR BARAT
  • Dikir barat merupakan teater tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Patani.
  • Dalam persembahan Dikir barat, terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.

BORIA
  • Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. 
  • Dipercayai berasal dari Parsi dan di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh askar-askar India selatan
  • Boria telah diubahsuai  oleh orang Melayu di Pulau Pinang.  



Custom Glitter Text

   SERAMIK
  • Seramik ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat
  • Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur.
  • Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu .
  • Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.
  • Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian.
  • Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional
  Kawasan pengeluaran dan penghasilan tembikar yang terkenal di Malaysia 
  • Sayong, Kuala Kangsar, Perak
  • Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
  • Pulau Tiga, Parit, Perak
  • Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, PahangKuching, Sarawak
  • Sungai Dua, Seberang Prai, P.Pinang






ANYAMAN

    Buluh
  • Jenis buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading
  • Cara untuk membuat anyaman ialah buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu minggu. 
  • Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya

Tikar :

    Tikar terbahagi kepada 2 jenis iaitu :


           i. Tikar mengkuang


          ii. Tikar pandan

          

iii. Lain-lain Produk Anyaman




Rotan      
  • Jenis – jenis rotan yang digunakan untuk membuat anyaman ialah  rotan batu, rotan manau dan rotan sega .
  • Hasil anyaman rotan tradisional termasuk  bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga.





SONGKET


  • Perkataan ‘songket’ berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit .
  • Kain songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. 
  • Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti  Terengganu dan Kelantan. 
  • Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun.
  • Motif  yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket.
                i.   Motif Tumbuh-tumbuhan
              ii.  Motif Binatang              
              iii. Motif Alam/Benda
              iv. Motif Kuih
  •     Corak kain songket lazimnya terdiri dari :
                                  i.  Susunan bunga penuh
              ii. Susunan bunga bertabur
              iii.Susunan bercorak




PROSES PEMBUATAN SONGKET:


BATIK
  • Batik ialah kraf tangan tradisional yang terkenal di serata tempat. Batik menjadi terkenal kerana mempunyai hubungan dengan kegunaan harian .
  • Kaedah pembuatan batik ada 2 cara iaitu
           i.  Batik cop.
           ii. Batik canting.
  • Negeri  Terengganu dan Kelantan terkenal dengan negeri pengeluar  batik .




PROSES PEMBUATAN SONGKET:









Custom Glitter Text

MAK YONG

  • Mak Yong merupakan taridra Melayu yang unik dan halus sifatnya
  • Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan.
  • Terdapat 12 cerita pokok Mak Yong yang utama antaranya termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. 
  • Tarian trdisional Melayu ini dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan watak Dayang-Dayang. 


WAYANG GEDEK
  • Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Semenanjung Malaysia,terutamanya Kedah dan Perlis. 
  • Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan. 
  • Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknyamahupun corak paluannya mirip Siam.
  • Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun dialek Melayu Kedah.



WAYANG KULIT
  • Wayang kulit melayu ini lazimnya terdapat di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu
  • Isi Cerita dalam wayang kulit melayu dipengaruhi oleh cerita-cerita panji dan juga bersandarkan epik mahabrata terutamanya Pendawa Lima Bentuk
  • Patung & WatakBentuk patung wayang kulit melayu mempunyai persamaan dengan wayang purwa yang mana persamaan itu boleh dilihat melalui pergerakan sendi patung.
  • Sendi-sendi patung dalam wayang kulit melayu kedua-duanya boleh digerakkan




JIKEY

  • Jikey adalah sejenis teater rakyat yang terkenal di kalangan penduduk-penduduk Utara Semenanjung, terutamanya di Kedah dan Perlis
  • Kebiasaanya persembahan dibuat di  majlis-majlis perkahwinan
  • Contohnya Persatuan Jikey Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah. Kumpulan itu ditubuhkan sejak tahun 1950an dan dianggotai oleh seramai 40 orang ahli yang diketuai oleh En.Md.Isa bin Md.Arif.






Custom Glitter Text

SEPAK RAGA

  • Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.
  • Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
  • Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. 

KAEDAH PERMAINAN :

  1. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. 
  2. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
  3. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir- giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
  4. Jika bola itu jatuh,  permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan




JENGKEK KAPAL TERBANG
  • Permainan ini terkenal di kalangan kanak-kanak perempuan.
  • Namun, "kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk bermain. 
  • Bentuk gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang menampakkan imej sebuah "kapal terbang.



KAEDAH PERMAINAN :

  1. Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan sebaris.
  2. Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang.
  3. Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil "tangga" yang kelihatan seperti ekor kapal terbang. 




CONGKAK

  • Congkak biasa, badannya diperbuat daripada kayu yang mudah dialihkan ke mana-mana.
  • Congkak ini dimainkan di dalam rumah, di anjung atau di serambi. Terdapat juga congkak yang dibuat di atas tanah. Permainan ini adalah daya kreatif kanak-kanak.
  • Berkenaan buahnya pula, pelbagai bahan digunakan.Antara objek yang biasa digunakan ialah biji asam jawa, buah getah, anak-anak batu atau guli kaca.
  • Jumlah lubang pada congkak tidak tentu. Ada yang 7, 8, 9, 10 atau 11. tetapi yang paling popular sekali ialah 7 lubang. Jika jumlah lubangnya banyak, tentu sahaja permainannya menelan waktu yang panjang.
  • Congkak dimainkan oleh dua orang yang duduk bertentangan. Kalau kanak-kanak perempuan, tentunya mereka bertimpuh dengan sopan. Kalau kanak-kanak lelaki, tentunya mereka bersila sahaja.

KAEDAH PERMAINAN :

  1. Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang. Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7x7=49
  2. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan "lubang ibu" (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.
  3. Pergerakkan permainan "mati" apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat pemain "mati" itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya
  4. Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah.



BATU SELAMBUT @ BATU SEREMBAN


  • Permainan selambut tidak memerlukan kawasan yang luas. Asalkan ada permukaan rata, permainan ini pasti boleh dimainkan. Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah, serambi, di halaman  rumah, atau di taman . 

  • Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5 - 10 butir dan inilah satu-satunya alat dalam permainan ini. Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain. Jika sepakat, hendak menggunakan anak batu, maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja. 

KAEDAH PERMAINAN :

  1. Setelah mengetahui giliran masing-masing, permainan pun dimulakan. Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira. Tujuannya adalah untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu". Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu". Khas di sini bermaksud batu itu memiliki ciri-ciri tersendiri terutama untuk membezakan dengan batu-batu lain.
    Teknik-teknik mengutip anak batu adalah seperti berikut:
    • Kaut satu per satu
    • Kaut beransur-ansur. Misalnya kali pertama 1 butir, kali kedua 2 butir dan seterusnya sehingga habis dikaut.