SEPAK RAGA
- Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.
- Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
- Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
KAEDAH PERMAINAN :
- Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
- Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
- Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir- giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
- Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan
JENGKEK KAPAL TERBANG
- Permainan ini terkenal di kalangan kanak-kanak perempuan.
- Namun, "kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk bermain.
- Bentuk gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang menampakkan imej sebuah "kapal terbang.
KAEDAH PERMAINAN :
-
Terdapat lima petak empat segi
yang dilakarkan sebaris.
-
Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi
di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap
kapal terbang.
-
Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak
yang berukuran separuh petak yang dipanggil "tangga" yang kelihatan
seperti ekor kapal terbang.
Terdapat lima petak empat segi
yang dilakarkan sebaris.
Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi
di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap
kapal terbang.
Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak
yang berukuran separuh petak yang dipanggil "tangga" yang kelihatan
seperti ekor kapal terbang.
CONGKAK
- Congkak biasa, badannya diperbuat daripada kayu yang mudah dialihkan ke mana-mana.
- Congkak ini dimainkan di dalam rumah, di anjung atau di serambi. Terdapat juga congkak yang dibuat di atas tanah. Permainan ini adalah daya kreatif kanak-kanak.
- Berkenaan buahnya pula, pelbagai bahan digunakan.Antara objek yang biasa digunakan ialah biji asam jawa, buah getah, anak-anak batu atau guli kaca.
- Jumlah lubang pada congkak tidak tentu. Ada yang 7, 8, 9, 10 atau 11. tetapi yang paling popular sekali ialah 7 lubang. Jika jumlah lubangnya banyak, tentu sahaja permainannya menelan waktu yang panjang.
- Congkak dimainkan oleh dua orang yang duduk bertentangan. Kalau kanak-kanak perempuan, tentunya mereka bertimpuh dengan sopan. Kalau kanak-kanak lelaki, tentunya mereka bersila sahaja.
KAEDAH PERMAINAN :
- Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang. Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7x7=49
- Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan "lubang ibu" (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.
- Pergerakkan permainan "mati" apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat pemain "mati" itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya
- Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah.
BATU SELAMBUT @ BATU SEREMBAN
- Permainan selambut tidak memerlukan kawasan yang luas. Asalkan ada permukaan rata, permainan ini pasti boleh dimainkan. Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah, serambi, di halaman rumah, atau di taman .
- Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5 - 10 butir dan inilah satu-satunya alat dalam permainan ini. Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain. Jika sepakat, hendak menggunakan anak batu, maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja.
KAEDAH PERMAINAN :
- Setelah mengetahui giliran masing-masing, permainan pun dimulakan. Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira. Tujuannya adalah untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu". Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu". Khas di sini bermaksud batu itu memiliki ciri-ciri tersendiri terutama untuk membezakan dengan batu-batu lain.
Teknik-teknik mengutip anak batu adalah seperti berikut:
- Kaut satu per satu
- Kaut beransur-ansur.
Misalnya kali pertama 1 butir, kali kedua 2 butir dan seterusnya sehingga
habis dikaut.
- Kaut satu per satu
Teknik yang baik untuk memperkenalkan jenis kesenian dan kebudayaan yang terdapat di alam budaya melayu. Tahniah.
ReplyDeletegud job.........i love the colorful mat...........i love malay heritage..........expecialy kelateee......
ReplyDelete