Saturday 10 November 2012


Custom Glitter Text

   SERAMIK
  • Seramik ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat
  • Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur.
  • Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu .
  • Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.
  • Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian.
  • Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional
  Kawasan pengeluaran dan penghasilan tembikar yang terkenal di Malaysia 
  • Sayong, Kuala Kangsar, Perak
  • Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
  • Pulau Tiga, Parit, Perak
  • Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, PahangKuching, Sarawak
  • Sungai Dua, Seberang Prai, P.Pinang






ANYAMAN

    Buluh
  • Jenis buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading
  • Cara untuk membuat anyaman ialah buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu minggu. 
  • Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya

Tikar :

    Tikar terbahagi kepada 2 jenis iaitu :


           i. Tikar mengkuang


          ii. Tikar pandan

          

iii. Lain-lain Produk Anyaman




Rotan      
  • Jenis – jenis rotan yang digunakan untuk membuat anyaman ialah  rotan batu, rotan manau dan rotan sega .
  • Hasil anyaman rotan tradisional termasuk  bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga.





SONGKET


  • Perkataan ‘songket’ berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit .
  • Kain songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. 
  • Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti  Terengganu dan Kelantan. 
  • Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun.
  • Motif  yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket.
                i.   Motif Tumbuh-tumbuhan
              ii.  Motif Binatang              
              iii. Motif Alam/Benda
              iv. Motif Kuih
  •     Corak kain songket lazimnya terdiri dari :
                                  i.  Susunan bunga penuh
              ii. Susunan bunga bertabur
              iii.Susunan bercorak




PROSES PEMBUATAN SONGKET:


BATIK
  • Batik ialah kraf tangan tradisional yang terkenal di serata tempat. Batik menjadi terkenal kerana mempunyai hubungan dengan kegunaan harian .
  • Kaedah pembuatan batik ada 2 cara iaitu
           i.  Batik cop.
           ii. Batik canting.
  • Negeri  Terengganu dan Kelantan terkenal dengan negeri pengeluar  batik .




PROSES PEMBUATAN SONGKET:








No comments:

Post a Comment